KUALA TERENGGANU, 29 OGOS 2022 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus dengan telah berjaya melaksanakan program W-Fit@Community Peringkat Daerah Kuala Nerus. Program ini telah diadakan pada 26 Ogos 2022 (Jumaat) bertempat di kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus. Program ini telah disertai seramai 40 orang Wanita aktif di Kuala Nerus.
Program ini bertujuan bagi mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi dalam kalangan wanita (feel good factor) untuk mengaktifkan diri dalam aktiviti kecergasan seperti Aerobik dan Zumba. Selain itu, program ini juga mampu mempromosikan kepelbagaian aktiviti kecergasan kepada golongan wanita serta menyemai budaya hidup aktif di kalangan wanita dalam kehidupan seharian.
Program ini telah disertai Puan Nurul Afifa Binti Azmi Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus
- JBS Terengganu
- Hits: 195
