TERENGGANU, 7 SEPTEMBER 2022 - Belia Berisiko juga merupakan sebahagian kelompok kumpulan sasar yang ditekankan di dalam Dasar Belia Malaysia (DBM).
Projek Reben Kuning merupakan sebahagian dalam Inisiatif Belia Sejahtera yang digerakkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu , Jabatan Penjara Negeri Terengganu dan Majlis Belia Negeri Terengganu dalam usaha untuk memberi peluang kedua kepada para peserta memperoleh kehidupan yang lebih baik melalui peranan pertubuhan belia sebagai rakan pelaksana strategik.
Projek ini akan bermula September hingga Disember melibatkan 10 peserta yang dipilih oleh Jabatan Penjara Negeri Terengganu merangkumi 5 kluster program
Bertempat di Dewan Sinergi Belia, Wisma Sri Amar. Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 telah dilancarkan oleh YBhg. TKP Ahmad Saidi Bin Hamzah, Pengarah Penjara Negeri Terengganu. Turut sama hadir, YBrs, Encik Mohd Izwandy Bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dan YBrs, Encik Amirullah Bin Othman.
Disediakan Oleh:
Unit Urusetia Portal JBSNT
Disediakan Oleh:
Unit Urusetia Portal JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 249
