DUNGUN , 29 DISEMBER 2022 - Misi Pasca Bencana Sukarelawan Anak Malaysia Dungun bersama Skuad UITM Shah Alam turut membantu team kami membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Dungun, Terengganu pada 28 Disember 2022.
Sempat kami bergambar bersama sebagai kenang-kenangan tadi bersama-sama Ybrs. Encik Jusman bin Ibrahim, Pegawai Daerah Dungun.
Skuad UiTM Shah Alam ini akan bertolak ke Kelantan pada esok hari bagi meneruskan misi pasca bencana.
Pihak kami ingin mengucapkan selamat maju jaya buat skuad UiTM Shah Alam dan terima kasih kerana telah memberikan khidmat kepada masyarakat Dungun.
Semoga selamat sampai dengan selamatnya ke destinasi seterusnya.
Disediakan Oleh:
Urusetia Portal JBSNT.
Disediakan Oleh:
Urusetia Portal JBSNT.
- JBS Terengganu
- Hits: 160
