TERENGGANU, KHAMIS, 30 JUN 2022 - Kursus Pengenalan eROSA bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Tahun 2022 Peringkat Zon Timur telah berlangsung selama 3 hari 2 malam. Majlis Penutup dirasmikan oleh En Arrifin bin Mohd Ghani selaku Timbalan Pesuruhjaya Sukan. Turut hadir sama Encik Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Seramai 30 peserta yang terdiri daripada pegawai dari Terengganu, Kelantan dan Pahang telah hadir bagi mengikuti Program ini. Antara objektif bagi kursus ini adalah untuk memahami dengan lebih mendalam fungsi dan peranan yang disediakan dalam sistem eROSA bagi membantu pengguna di peringkat negeri dan daerah serta memberi kemahiran dalam penggunaan sistem tersebut. Disediakan Oleh:Unit Urusetia Portal JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 286
