KEMAMAN – 23 MEI 2022 , Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Kemaman telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman pada 21 Mei 2022. Sebanyak 10 pasukan yang mendaftar memberikan saingan yang sengit di peringkat kumpulan. Permainan semakin rancak apabila 3 kumpulan dari kelab Turtle White Netball Club layak untuk mara ke separuh akhir dan bertanding untuk merebut hadiah kejohanan yang lumayan.
Pasukan Turtle White A akhirnya berjaya menumpaskan pasukan Turtle White C dengan mudah. Sesi penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Encik Yusliza diiringi Encik Esa Bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman. Semoga adanya kejohanan seperti ini dapat meningkatkan lagi semangat kesukanan di semua peringkat. Lindung diri, lindung semua.
Diesediakan Oleh,
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman
- JBS Terengganu
- Hits: 262
