HULU TERENGGANU 30 NOVEMBER 2021 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jejak Warisan Seni Budaya Daerah Hulu Terengganu 2021 telah diadakan pada 23 November 2021 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Mohd Nazrul bin Mamat selaku wakil dari Pejabat Belia Dan Sukan Hulu Terengganu. Mesyuarat ini dimulakan tepat jam 9.30 pagi.Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu
HULU TERENGGANU, 24 NOVEMBER 2021 – Salah seorang daripada peserta daripada daerah Hulu Terengganu telah mendapat pertama atau johan Pertandingan Video Pendek sempena Hari Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Terengganu pada 13 November 2021. Muhammad Amirul Firdaus bin Mohd Azhar yang merangkul tempat pertama dalam pertandingan ini berjaya menerima wang tunai sebanyak RM 300. Turut serta Yusof bin Mat Nor selaku Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dalam Anugerah Perdana Belia Negara dan sesi penyampaian hadiah bagi para pemenang yang diadakan di Kuala Terengganu.Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu
HULU TERENGGANU 24 NOVEMBER 2021 – Sekalung ucapan tahniah kepada beliawanis daerah Hulu Terengganu iaitu Nur Najwa Izzati Binti Mohd Riduan yang telah dinobatkan sebagai Johan Pemimpin Muda bagi kategori wanita pada 13 November 2021 sempena sambutan Hari Belia Negara. Beliau telah diberikan wang tunai sebanyak RM 2,000 bersempena dengan Anugerah Belia Terengganu 2021 yang diadakan di Kuala Terengganu. Turut serta Yusof bin Mat Nor selaku Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dalam Anugerah Perdana Belia Negara dan sesi penyampaian hadiah bagi para pemenang.Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu
HULU TERENGGANU 24 NOVEMBER 2021- Satu Majlis Perasmian Program Jelajah Ilmuan ‘Ride To Kenyir’ telah diadakan di Madrasah Darul Ansar, Kampung Basung pada 13 November 2021. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim merupakan Timbalan Menteri Sains,Teknologi & Inovasi. Majlis ini dijalankan tepat jam 11.30 pagi. Yusof bin Mat Nor selaku Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu telah hadir dalam majlis ini. Penglibatan belia seramai 250 orang memandangkan keadaan SOP fasa kini. Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terenggnu, Terengganu.
HULU TERENGGANU 24 NOVEMBER 2021 – Satu program iaitu Hulu Terengganu Virtual Hiking Challenge (HAVOC) telah dijalankan di 5 bukit iaitu Bukit Jalin, Bukit Jelutung, Bukit Balik Hidung, Bukit Basung dan Bukit Taduk. Bukit Balik Hidung merupakan salah satu bukit dalam program ini. Justeru itu, program ini dilangsungkan pada 13 November 2021 tepat jam 7.30 pagi yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Adun Telemong dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Hulu Terengganu. Pegawai Pejabat Belia Dan Sukan Hulu Terengganu iaitu Yusof Bin Mat Nor bersama dengan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu merangkap Dun Telemong iaitu Y.B Dato’ Rozi bin Mamat turut serta dalam pendakian ini.Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu.
HULU TERENGGANU 24 NOVEMBER 2021 - Memberi kesedaran dan meningkatkan amalan budaya gaya hidup sihat dan aktif merupakan objektif utama HAVOC. Penglibatan dalam program ini pada 13 November 2021 melibatkan seramai 500 orang Belia dan Beliawanis Hulu Terengganu yang dijalankan di 5 bukit iaitu Bukit Jalin, Bukit Jelutung, Bukit Balik Hidung, Bukit Basung dan Bukit Taduk. Selepas selesai sesi pendakian, majlis diteruskan dengan acara cabutan bertuah bagi peserta yang menyertai aktiviti hiking ini. Aktiviti HAVOC ini telah berjaya menarik penyertaan dari pelbagai golongan warga Hulu Terengganu yang mengamalkan gaya hidup yang cergas dan sihat dalam suasana norma baharu ekoran penularan wabak Covid-19.Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu
HULU TERENGGANU 24 NOVEMBER 2021 – Pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Terengganu (JKR) telah melakukan sesi taklimat pada 10 November 2021 berkenaan elektrik untuk tender semula bertempat di Kompleks Sukan Telemong, Kuala Ping, Hulu Terengganu pada jam 10.00 pagi. Sesi ini melibatkan wakil Pegawai Belia Dan Sukan Hulu Terengganu dan Pihak Jabatan Kerja Raya(JKR). Taklimat ini disampaikan oleh Pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Hulu Terengganu(JKR) kepada wakil Pejabat Belia Dan Sukan Hulu Terengganu. Sesi taklimat dan latihan sistem elektrik dan elv dengan cara pengendalian peralatan tersebut telah diadakan dalam taklimat elektrik ini.Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu.
HULU TERENGGANU 24 NOVEMBER 2021- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Sekreteriat HAVOC berjaya melaksanakan satu mesyuarat Penyelarasan kali ke-2 bersama dengan agensi kerajaan sempena program Hulu Terengganu Virtual Hiking Challenge 2021 atau dikenali HAVOC 2021. Mesyuarat ini diadakan pada hari Selasa yang bertarikh 9 November 2021 bertempat di Rumah Rehat daerah (Rest House) Kuala Berang pada jam 10.00 pagi. Ia turut dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan dengan kerjasama oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Penyelia penghulu, Eastern Recreational Community(EREC), Ngukah Walk Fit dan juga agensi kerajaan seperti Polis, Agensi Pertahanan Awam, Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu dan Bomba. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan bagi membincangkan tentang tentatif program dan pembahagian tugas kepada agensi–agensi yang terlibat untuk meneroka dimensi baru pembangunan belia. Majlis ini ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
KUALA TERENGGANU ,17 OKTOBER 2021 (AHAD) – Program lawatan dan pendakian telah dilaksanakan oleh Kakitangan Pejabat Daerah Kuala Tearengganu dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu ke Bukit Tok Salai Sungai Nerus , Pendakian sejauh 2 KM telah dilaksanakan oleh Haji Ariffin bin Abdullah Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan En Fikri bin Mahmud Pegawai Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Terengganu turut hadir En Ahmad Khailani bin Muhammad Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu.Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu