BESUT, 22 April 2021 – Seramai 30 orang sukarelawan Myvac Daerah Besut telah menerima suntikan vaksin pada 7 April 2021. Tujuan sukarelawan ini divaksinkan adalah untuk memastikan bahawa para sukarelawan kurang berisiko dalam menjalankan tugas mereka semasa berurusan di pusat pemberian vaksin untuk program imunisasi kebangsaan.
Para sukarelawan ini juga telah menjalani latihan praktikal di Klinik Kesihatan Padang Luas dan Juga Klinik Kesihatan Kuala Besut sebelum ini untuk mempelajari sistem dan tugas tugas yanag akan dilakukan dipusat pemberian vaksin nanti.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua sukarelawan Myvac yang akan bertugas dan yang sudah pun memulakan tugas kerana anda adalah sebahagian fronliner dalam menentang pendemic covid-19.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut, Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 920
