- JBS Terengganu
- Hits: 432
PROGRAM LAWATAN ZIARAH YB PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN BELIA, SUKAN DAN NGO NEGERI KEPADA PESERTA CALON - CALON ANUGERAH BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI 2021
HULU TERENGGANU, 28 SEPTEMBER 2021 – Pegawai belia dan sukan daerah hulu Terengganu, Yusof bin Mat Nor bersama YB Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah telah menziarahi Yufrisyam bin Ibrahim di Pejabat OKB Kuala Berang pada 27 September 2021(Isnin). Beliau mula melibatkan diri dalam persatuan belia dan NGO telah memberikan pengalaman dan pendedahan dalam dunia kepimpinan.
Selain itu, beliau merupakan Bendahari Gabungan Peajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu dan bergerak secara aktif dalam aktiviti kesukarelawan dari sudut sukan, kebudayaan, kebajikan, keagamaan dan kemasyarakatan. Disamping itu, beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti sukan Dodgeball dan bola sepak. Beliau turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Kelab Bola Sepak Kuala Berang.
Disediakan oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 432
