- JBS Terengganu
- Hits: 705
TEAM MYVAC HULU TERENGGANU BERSEDIA MEMULAKAN TUGAS BAGI DI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) KEDUA
- JBS Terengganu
- Hits: 705
KEMAMAN 27 Mei 2021 – Bakteria dan virus penyebab sesuatu wabak sukar untuk merebak sekiranya sebahagian besar masyarakat dilindungi dengan vaksin. Imunisasi melindungi individu, keluarga, masyarakat dan negara. Oleh disebabkan itu, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman berhubung dengan Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Anuar bagi mendapatkan tarikh suntikan vaksin covid-19 kepada semua staf Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman. Pada 14 April 2021, Seramai 7 orang staf Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman telah dijadualkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman untuk mengambil suntikan dos pertama. Tahniah kepada semua atas suntikan yang telah diambil. Lindung diri, lindung semua.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman,Terengganu
KEMAMAN 27 Mei 2021 – Vaksin merupakan satu agen dalam membantu sistem imun untuk mengenalpasti kuman-kuman tertentu supaya sistem imun cukup bersedia diserang kuman sebenar. Oleh disebabkan itu, sukarelawan MyVac Daerah Kemaman memohon untuk mendapatkan suntikan vaksin covid-19 ini sebelum menjalankan tugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Seramai 4 orang sukarelawan MyVac telah dijadualkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman untuk mengambil suntikan pada 4 April 2021 dan selebihnya telah dijadualkan mengikut kekosongan pada masa akan datang. Tahniah dan syabas semua.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman,Terengganu
KEMAMAN 27 Mei 2021 – Satu Mesyuarat Projek Naik Taraf Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman telah dipengerusikan oleh Jurutera Daerah Kemaman, Ir. Mohd Ali Bin Ismail. Mesyuarat kal ini telah berlangsung di Bilik mesyuarat Hilirmas Diversifies Sdn Bhd yang bertapak di Kompleks Rakan Muda Daerah Kemaman. Mesyuarat bermula pada jam 10.00 pagi pada 5 April 2021. Setelah selesai bermesyuarat, tuan pengerusi berhasrat untuk mengadakan lawatan tapak ke seluruh kawasan yang terlibat.. Turut hadir dalam mesyuarat kali ini iaitu Encik Esa Bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman,Terengganu
KEMAMAN 27 Mei 2021 – Sempena Program Imunisasi Kebangsaan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah mengumpulkan sukarelawan bagi membantu program ini berjalan dengan lancar pada 8 April 2021. Oleh sebab itu, satu sesi taklimat telah diberikan oleh Dr. Lokman, person in charge (PIC) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato’ Seri Amar, Kemaman. Taklimat ini melibatkan 5 orang sukarelawan yang akan bertugas di PPV tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Dr. Lokman dan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman atas usaha untuk memberi pendedahan kepada sukarelawan mengenai penugasan yang perlu dilakukan semasa program imunisasi kebangsaan yang bakal berlangsung. Lindung diri, lindung semua.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman,Terengganu
KEMAMAN 27 Mei 2021 – Pasukan pemantuan pematuhan standard operating procedure (SOP) sektor sukan dan rekreasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman bersama Rakan Muda Sport Bubble Volunteer (SBV) bekerjasama untuk membuat pemantuan di premis sukan yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI). Pemantuan dijalan pada 12 April 2021 Usaha ini adalah untuk membendung penularan pandemik covid-19 yang masih berleluasa terutama kepada penggiat sukan di seluruh Daerah Kemaman. Pemantauan dilakukan secara berkala untuk memastikan tahap pematuhan sesuatu premis sentiasa berada di tahap yang memuaskan. Lindung diri, lindung semua.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman,Terengganu
HULU TERENGGANU I 10 MEI 2021 - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan MDHT Kuala Berang telah menerima kunjungan Yang Berhormat Dato’ Hj. Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP yang juga merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu pada 9 Mei 2021.
Kunjungan mesra ini adalah untuk memastikan kelancaran pemberian vaksin Covid-19 di Daerah Hulu Terengganu kepada seramai 96 orang penerima vaksin pada hari ini iaitu golongan sasar berumur 60 tahun ke atas yang terdiri daripada golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). PPV dibuka seawal jam 8 pagi hingga 5 petang.
Seramai 5 orang Sukarelawan MyVac di PPV Dewan MDHT Kuala Berang pada hari ini bertugas sepenuhnya bermula dari 3 - 9 Mei 2021. Turut hadir Pegawai Penyelaras yang bertugas adalah, Yusof bin Mat Nor.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu
DUNGUN, 6 MEI 2021 - Seramai 5 orang Sukarelawan MyVac Dungun di bawah seliaan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun telah memulakan tugasan pada 3 Mei 2021 (Isnin) bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Aspirasi UiTM Cawangan Dungun untuk fasa 2.
Doktor Nur Hidayah binti Abdullah, selaku Ketua PPV melahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan yang mana ianya telah melancarkan lagi urusan di PPV. Beliau juga berharap semoga lebih ramai lagi belia dan beliawanis dapat menjadi sukarelawan dan berminat dalam kerja-kerja sukarela ini.
Turut hadir Tuan Haji Azadi bin Rosli, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) dan Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun, Terengganu
PUTRAJAYA, 27 APRIL 2021 – Berasal dari Setiu, Terengganu, berumur 22 tahun dan memilih kerjaya sebagai Juruteknik Pegawai Penguasa di Jabatan Kerja Raya Daerah Besut. Beliau juga merupakan Setiausaha Kelab Rakan Muda Parlimen Setiu sesi 2020 – 2022 dan bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelaan di peringkat daerah dan negeri. Demikian antara biodata Nurul Yusniza Binti Yusof yang telah hadir ke Diamond Lounge Aras 4, Menara KBS bagi mewakili Negeri Terengganu untuk Anugerah Perdana Belia Negara 2021 Kategori Emas Remaja Perdana.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
Kemaskini Terakhir: 28-07-2026, 21:23:27