- JBS Terengganu
- Hits: 786
KAMI SEDIA BERKHIDMAT
SETIU, 17 APRIL 2021 – Pusat Pemberian Vaksin Covid19 (PPV) Dewan Serbaguna Sg. Tarom, Setiu, Terengganu yang bakal beroperasi dalam Fasa 2 bermula 19 April 2021 bermula jam 8.00 pagi – 5.00 petang memerlukan khidmat seramai 24 orang sukarelawan bukan perubatan bagi menggerakkan operasi pusat ini yang mampu menampung seramai 500 orang penerima suntikan vaksin dalam sehari.
Justeru itu, seramai 33 orang sukarelawan dalam Daerah Setiu telah membuat pendaftaran dalam Malaysian Vaccine Support Volunteers (Myvac) dan tahniah kepada seramai 20 orang sukarelawan yang telah dipilih bagi menyertai Program Imunisasi Kebangsaan dan taklimat penugasan kepada semua sukarelawan ini telah diadakan pada 18 April 2021 bertempat di PPV Sg. Tarom. Golongan muda berumur 18-40 tahun masih boleh membuat pendaftaran sebagai sukarelawan melalui laman sesawang myvac.com.my
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 786
