- JBS Terengganu
- Hits: 646
PERSATUAN BELIA FELCRA PANCHOR MERAH MENGGALAS CABARAN KE ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) KATEGORI PERTUBUHAN BELIA BAGI TAHUN 2021
SETIU, 25 MAC 2021 – Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Negara (APBN) adalah merupakan agenda tahunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi memberi pengikhtirafan kepada Persatuan, Kelab, Pertubuan Belia serta individu yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan belia dan masyarakat dalam pelbagai bidang. Justeru itu, Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu telah hadir ke Persatuan Belia Felcra Panchor Merah, Setiu bagi memberi khidmat nasihat, garis panduan serta membuat semakan terhadap pengurusan persatuan ini antara yang telah dicalonkan bagi mewakili Daerah Setiu ke Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2021.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 646
