HULU TERENGGANU, 2 FEBRUARI 2021 – Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Cawangan Pembangunan Ekonomi Belia telah menganjurkan Sesi Webinar “Jom Cipta Kerja” pada 25 Januari 2021 melalui platform Google Meet. Tujuan utama sesi webinar ini adalah untuk membantu belia menjana dan menambah pendapatan dengan cara upskilling, reskilling dan crossskilling. Seorang peserta daripada daerah Hulu Terengganu iaitu Jihadi bin Shafiee telah berjaya mengikuti sesi webinar tersebut.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu
HULU TERENGGANU , 2 Februari 2021- Jabatan Belia dan Sukan Negara telah mengadakan taklimat Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Sukan dan Rekreasi Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada semua pegawai belia dan sukan daerah dan pegawai di jabatan pada 25 Januari 2021. Sesi pertanyaan dan perbincangan dua hala turut berjalan bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan mendapatkan kepastian berkaitan. Sesi taklimat ini dijalankan secara atas talian. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu juga turut terlibat dalam taklimat tersebut.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu
MARANG, 1 Februari 2021 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Marang (JTPDM) dibawah Pejabat Daerah Marang Negeri Terengganu Bil 1/2021 telah diadakan di Aplikasi Zoom Meeting pada 27 Januari 2021 jam 10.00 pagi. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pegawai Daerah Marang.
Antara perkara-perkara yang dibincangkan adalah Laporan Pembentangan Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-11 Daerah Marang. Sesi taklimat dan pembentangan telah disampaikan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu serta peluang-peluang perniagaan kepada masyarakat setempat yang terdapat dibawah agensi kerajaan mahupun swasta yang boleh diceburi untuk masyarakat Marang.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut Pegawai Belia dan Daerah Marang, Encik Mohd Shamsir bin Mohd.
DUNGUN, 01 Februari 2021 – Majlis Belia Felda Malaysia Wilayah Terengganu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Majlis Belia Felda Malaysia Peringkat Daerah Dungun. Mesyuarat yang diadakan pada 28 Januari 2021 (Khamis), Tujuan penubuhan MBFM Daerah Dungun ini adalah sebagai platform bagi golongan belia untuk bersuara dan secara tidak langsung dapat mencari pemimpin pelapis di kalangan belia felda khususnya. Mesyuarat penubuhan ini di adakan secara maya dan telah dirasmikan oleh En. Amin Naim bin Mahusin Pengurus Felda Kerteh 2. Turut serta dalam mesyuarat ini adalah Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun, Saudara Asmadi bin Khalid Pengerusi Majlis Belia Daerah Dungun, Saudara Mohd Azani bin Md Noor Pengerusi MBFM Wilayah Terengganu dan Saudara Mohd Syahiran bin Annuar Pengerusi Penaja MBFM Daerah Dungun.
MARANG, 25 JANUARI 2021 – Pada 9 Januari 2021 Sabtu jam 11.30 pagi telah diadakan Majlis Perasmian Penutup Kursus Usahawan Membuat Kek dan Pastri Rakan Muda@rakan Muda Peringkat Daerah Marang 2021. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y.Brs Encik Mohd Izwandy bin Ismail, PengarahJabatan Belia dan Sukan Negeri
Turut sama dalam Majlis Perasmian Penutup tersebut ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Encik Mohd Shamsir bin Mohd, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK), Pengerusi Kelab Belia Bersatu Kg. Padang Mengkuang (KBBKPM) dan pemilik Fazylena Foods Industri, Encik Mohd Fazli bin Ali.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang, Terengganu
DUNGUN, 25 JANUARI 2021 - Telah berlangsungnya Mesyuarat Tapak Pembinaan Velodrom Dungun BIL.10 pada 24 Januari 2021, jam 10.00 pagi yang diadakan Secara Maya (google meet), memandangkan situasi semasa Covid-19 sedang melanda dan tidak mengizinkan untuk menghadiri mesyuarat secara bersemuka, maka pendekatan diambil bermesyuarat secara maya di tempat masing-masing bagi memastikan kelancaran mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ir. Mohd Al Azhar bin Ali, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun. Turut bersama dalam mesyuarat ini ialah Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun, Terengganu
MARANG, 20 JANUARI 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Marang telah menganjurkan Kursus Usahawan Membuat Kek dan Pastri Rakan Muda Wira Usaha @Rakan Muda Peringkat Daerah Marang sebanyak 4 Siri. Siri 4 telah bermula pada 9.1.2021 (Sabtu) bertempat di Balairaya Kampung Padang Mengkuang bermula jam 8.00 pagi hingga 12.45 Tengahari. Kursus Usahawan ini mendapat kerjasama dari Kemas Daerah Marang sebagai tenaga pengajar dan juga kerjsama dari Jawatankuasa Masjid Kg. Padang Mengkuang, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Mengkuang, Kelab Belia Bersatu Kg. Padang Mengkuang (KBBPKM) dan Pejabat MARA Daerah Marang. Seramai 28 orang peserta yang terlibat dalam Kursus Usahawan tersebut.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mengupayakan tabungan dan pendapatan Kelab Rakan Muda (KRM) melalui pendekatan Gaya Hidup Rakan Muda Wira Usaha melalui projek ekonomi dan menggerakkan aktiviti ekonomi dan sosial Kelab Rakan Muda (KRM) yang memberi manafaat kepada ahli.Turut sama dalam kursus tersebut ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Encik Mohd Shamsir bin Mohd.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang, Terengganu
KUALA NERUS, 20 JANUARI 2021 – 16 Januari 2021 telah berlangsungnya majlis penutup Program Wira Usaha @ Kelab Rakan Muda Peringkat Daerah Kuala Terengganu (Penternakan Ikan Keli) secara atas talian yang dirasmikan oleh Encik Mohd Qayyum bin Rahman, Timbalan Pengarah Sukan mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Program ini telah dijalankan selama 5 kali sesi yang diadakan pada 1, 2 8, 9 dan 16 Januari 2021 dan hanya diadakan pada hujung minggu. 8 orang penceramah dan 4 orang tenaga pengajar daripada usahawan penternak ikan keli Kuala Nerus dijemput bagi berkongsi ilmu bersama peserta sepanjang program berlangsung. Program ini telah diadakan di dua tempat iaitu di Balairaya Teluk Ketapang dan Balai Bomba Sukarela Sri Nerus, Kuala Terenganu.
Majlis penutup ini diadakan secara atas talian memandangkan Negeri Terengganu sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021. Majlis penutup ini telah melibatkan semua peserta seramai 25 orang.
Turut hadir sama, Pegawai Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi, pegawai Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, En. Nor Hisham bin Mohamad dan staf bahagian rakan muda Negeri Terengganu.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Nerus, Terengganu
MARANG, 14 JANUARI 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Marang telah menganjurkan Kursus Usahawan Membuat Kek dan Pastri Rakan Muda Wira Usaha @Rakan Muda Peringkat Daerah Marang sebanyak 4 Siri. Siri 3 telah bermula pada 8.1.2021 (Jumaat) bertempat di Balairaya Kampung Padang Mengkuang bermula jam 8.00 pagi hingga 12.45 Tengahari. Kursus Usahawan ini mendapat kerjasama dari Kemas Daerah Marang sebagai tenaga pengajar dan juga kerjsama dari Jawatankuasa Masjid Kg. Padang Mengkuang, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Mengkuang, Kelab Belia Bersatu Kg. Padang Mengkuang (KBBPKM) dan Pejabat MARA Daerah Marang. Seramai 28 orang peserta yang terlibat dalam Kursus Usahawan tersebut.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mengupayakan tabungan dan pendapatan Kelab Rakan Muda (KRM) melalui pendekatan Gaya Hidup Rakan Muda Wira Usaha melalui projek ekonomi dan menggerakkan aktiviti ekonomi dan sosial Kelab Rakan Muda (KRM) yang memberi manafaat kepada ahli.
Turut sama dalam kursus tersebut ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Encik Mohd Shamsir bin Mohd.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang, Terengganu