- JBS Terengganu
- Hits: 440
KURSUS USAHAWAN MEMBUAT KEK DAN PASTRI RAKAN MUDA WIRA USAHA @RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH MARANG 2021 (SIRI 2)
MARANG, 11 JANUARI 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Marang telah menganjurkan Kursus Usahawan Membuat Kek dan Pastri Rakan Muda Wira Usaha @Rakan Muda Peringkat Daerah Marang sebanyak 4 Siri. Siri 2 telah bermula pada 2.1.2021 (Sabtu) bertempat di Balairaya Kampung Padang Mengkuang bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Kursus Usahawan ini mendapat kerjasama dari Kemas Daerah Marang sebagai tenaga pengajar dan juga kerjsama dari Jawatankuasa Masjid Kg. Padang Mengkuang, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Mengkuang, Kelab Belia Bersatu Kg. Padang Mengkuang (KBBPKM) dan Pejabat MARA Daerah Marang. Seramai 28 orang peserta yang terlibat dalam Kursus Usahawan tersebut.
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mengupayakan tabungan dan pendapatan Kelab Rakan Muda (KRM) melalui pendekatan Gaya Hidup Rakan Muda Wira Usaha melalui projek ekonomi dan menggerakkan aktiviti ekonomi dan sosial Kelab Rakan Muda (KRM) yang memberi manafaat kepada ahli.
Turut sama dalam kursus tersebut ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Encik Mohd Shamsir bin Mohd.
- JBS Terengganu
- Hits: 440


