- JBS Terengganu
- Hits: 437
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI KESUKARELAWAN MALAYSIA 2020 PERINGKAT DAERAH SETIU
SETIU, 05 DISEMBER 2020 – “ Kelab Rakan Muda Daerah Setiu perlu bergerak aktif dengan melaksanakan aktiviti kesukarelaan bagi menyemarakkan Hari Kesukarelawan Malaysia 2020 “. Demikian antara kata-kata semangat daripada Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dalam ucapan perasmian Sambutan Hari Kesukarelawan 2020 Peringkat Daerah Setiu yang telah berlangsung di Balairaya Kg. Bukit Nenas. Antara aktiviti yang di laksanakan adalah pemberian bantuan prihatin kepada golongan yang memerlukan serta gotong royong membersih Tabika Kg. Bukit Nenas serta mengecat Balairaya Kg. Bukit Nenas. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu dengan kerjsama Pejabat DUN Langkap dan Kelab Rakan Muda Daerah Setiu telah berjaya menghimpunkan seramai 50 orang sukarelawan bagi melaksanakan aktiviti berkenaan. Turut hadir Cikgu Abdullah bin Ibrahim, Penyelia I-Mits DUN Langkap dan Rosnani Binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 437
