SETIU, 10 DISEMBER 2020 – Banjir merupakan bencana alam yang terjadi secara tahunan di Malaysia, khususnya di Daerah Setiu, Terengganu. Ianya berlaku ekoran Musim Monsun Timur Laut sehingga Mac 2021. Bencana banjir sama ada dalam skala kecil, sederhana dan besar. Berdasarkan skala yang berbeza ini, ia menimbulkan kesan berlainan terhadap manusia dan alam sekitar malah turut mencetuskan implikasi hukum fiqh yang berbeza. Dalam situasi banjir yang sederhana dan besar, berlaku proses pemindahan, terputus bekalan makanan, kerosakan infrastruktur dan kediaman, kematian binatang ternakan serta kerosakan tanaman. Kesannya, ketika banjir berlaku, mangsa terputus hubungan dan bekalan di samping diancam kelaparan, manakala pasca banjir, mangsa mengalami kerosakan harta benda, kerugian dan kehilangan sumber pendapatan. Pasca banjir adalah peringkat yang paling sukar untuk dihadapi dan memerlukan kerjasama serta bantuan pelbagai pihak. Mangsa banjir dalam Daerah Setiu seperti Kg. Guntong Dalam, Gong Batu, Padang Jejawi, Jelapang, Nyatoh, Panchur Merah, Kuala Setiu, Permaisuri, Telaga Papan, Bukit Nenas dan Pelong yang terjejas kini berdepan situasi begitu mencabar terutama selepas air bah itu mula surut beberapa hari lalu.
Justeru itu, perbincangan antara Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu bersama Persatuan Rekreasi Daerah Setiu bagi merangka Program Pasca Banjir di kawasan berkenaan dengan memberi keutamaan aktiviti membersih fasiliti awam yang terjejas seperti Masjid dan Surau, Sekolah, Pasar Awam, Pusat Rekreasi dan lain-lain.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 556
