DUNGUN, 1 DISEMBER 2020 :- Mesyuarat Teknikal Velodrom Dungun bilangan 6 bagi tahun 2020. Mesyuarat ini diadakan di Pejabat Tapak Velodrom Kampung Balai Besar Dungun. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Al-Azhar bin Ali, Jurutera Awan Jabatan Kerja Raya Daerah Dungun. Turut hadir sama ialah Encik Saifullah Hafizi bin Abdul Jalil wakil daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Encik Mohd Qayyum bin Rahman wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Mohamed Shahrir bin Zakaria wakil daripada Majlis Sukan Negara dan Puan Wan Norhayati binti Wan Ibrahim wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun.
SETIU, 02 DISEMBER 2020 – Monsun Timur Laut yang akan bermula 24 Oktober – Mac 2020 dengan amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di Perairan Terengganu dengan jangkaan hujan lebat bakal melanda dikawasan rendah dan kawasan yang kerap banjir akibat hujan yang berterusan. Daerah Setiu merupakan antara Daerah yang berisiko dilanda banjir pada setiap kali tibanya Monsun Timur Laut.
Justeru itu, Kelab Rakan Muda Parlimen Setiu yang diterajui oleh Wan Nur Najihah binti Wan Dali telah mengambil inisiatif menubuhkan Skuad Sukarelawan Pasca Banjir Rakan Muda yang bertujuan meneruskan bantuan pasca banjir dengan membersihkan kawasan awam yang terlibat dengan banjir seperti masjid, surau, pusat rekreasi, taman awam, taska, pasar dan lain-lain.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
DUNGUN, 30 NOVEMBER 2020 –Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Program Pasca Banjir Sukarelawan Rakan Muda Dungun 2020.Lokasi kawasan yang telah dikenalpasti adalah di Kampung Pasir Raja yang telah terjejas disebabkan oleh bencana banjir yang telah melanda baru-baru ini. Inisiatif ini diambil oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun dengan kerjasama Pejabat Daerah Dungun, MPD Dungun dan agensi kerajaan di daerah Dungun.Turut bersama Majlis Belia Daerah Dungun.Pasukan Sukarelawan ini akan dikerahkan ke Kampung Pasir Raja pada 4 Disember 2020. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar.Dungun Siap Siaga.
SETIU, 30 NOVEMBER 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu bakal melaksanakan Program Sambutan Hari Sukarelawan Peringkat Daerah Setiu pada 05 Disember 2020 bertempat di DUN Langkap, Setiu, Terengganu. Tujuan sambutan ini adalah bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kesukarelawanan Antarabangsa atau International Volunteer Day (IVD) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 5 Disember setiap tahun.
Puan Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu telah mengunjungi Pejabat DUN Langkap bagi membuat perbincangan serta penyelarasan bersama dalam pengisian program ini. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah pengagihan barangan keperluan harian kepada belia kategori B40 dan OKU serta golongan yang terkesan akibat Pandemik Covid-19 di sekitar DUN Langkap.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
SETIU, 30 NOVEMBER 2020 – Mengikut Statistik Penagihan Dadah di Negeri Terengganu, Daerah Setiu mencatatkan kadar penglibatan yang paling rendah. Walau bagaimanapun, jika membuat perkiraan mengikut jumlah penduduk, kadar peratusan penglibatan adalah tinggi memandangkan jumlah penduduk di Daerah Setiu adalah rendah. Golongan yang paling ramai terlibat dalam gejala penagihan dadah adalah kaum Melayu serta golongan belia. Justeru itu, perlu diadakan program pencegahan yang memberi fokus kepada golongan ini.
Demikian antara intipati ucapan Tuan Haji Rosli bin Latif, Pegawai Daerah Setiu dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras dadah Peringkat Daerah Setiu Bil 1/2020. Mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Daerah Setiu dengan kehadiran Ketua Jabatan dan Agensi serta NGO’s yang berkaitan.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
HULU TERENGGANU, 29 NOVEMBER 2020- Bicara santai Hala Tuju dan Peranan Sukarelawan bersama Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah diadakan pada 26 November 2020 bertempat di Kedai Pok Mat Dapur Kayu , Kuala Berang. Program Sukarelawan Hala Tuju dan peranan Sukarelawan ini merupakan satu usaha untuk membantu melahirkan generasi pemimpin di peringkat akar umbi yang berpandangan jauh.
Asasnya sebagai pemimpin mereka semestinya mempunyai matlamat yang jelas dalam merencana strategi kecemerlangan hidup. Fokus yang tepat dan berterusan, perubahan sikap seseorang itu yang akan menentukan kejayaan ke arah positif atau negatif.
Dalam program ini, matlamat utama adalah melahirkan peserta yang mempunyai matlamat perjuangan dan kecemerlangan yang jelas untuk diri, keluarga dan masyarakat. Mereka juga mempunyai daya ketahanan, ketabahan dalam mendepani pelbagai risiko dan cabaran dalam menempa kejayaan.
Justeru itu, peranan kesukarelawanan dalam komuniti adalah untuk melibatkan penyertaan sukarelawan dalam sesuatu aktiviti bersama masyarakat. Dalam maksud yang luas, kesukarelawanan boleh dilihat sebagai suatu konsep perkhidmatan dan perkongsian, suatu proses pendidikan atau pengalaman pembelajaran, dan penglibatan aktif warga negara dalam isu-isu dan hal-ehwal kemasyarakatan.
HULU TERENGGANU, 29 NOVEMBER 2020- Tahniah diucapkan kepada peserta daripada daerah Hulu Terengganu yang telah memenangi tempat keempat dan kelima dalam pertandingan Kahoot Rakan Muda Klik Peringkat Negeri Terengganu. Kahoot adalah satu permainan online yang amat menarik berasaskan pembelajaran.
KG. TOK LAWIT, HULU TERENGGANU, 26 NOVEMBER 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Program Sukarelawan Rakan Muda Daerah Hulu Terengganu bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB. Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah. Yang Berhormat bersama Skuad Sukarelawan Rakan Muda Daerah menyampaikan sedikit sumbangan barangan keperluan harian kepada beberapa keluarga di Kg. Tok Lawit, Hulu Terengganu yang terjejas akibat banjir. Turut hadir dalam program ini ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Mohd Izwandy bin Ismail dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Shahrizal Yahya.
KUALA PING, HULU TERENGGANU, 26 NOVEMBER 2020 - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB. Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah mengadakan lawatan ke tapak Kompleks Sukan Hulu Terengganu di Kuala Ping, Hulu Terengganu. Lawatan tersebut turu disertai bersama oleh pihak JKR Hulu Terengganu.
Kompleks ini dijangka siap pada pertengahan tahun 2021 dan akan memanfaatkan belia-belia serta masyarakat di sekitarnya. Antara kemudahan yang akan dibina adalah padang bolasepak, astaka, gelanggang serbaguna berbumbung (futsal & bola jaring) dan gelanggang terbuka (sepak takraw & bola tampar).
Turut hadir sama dalam lawatan tersebut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Mohd Izwandy bin Ismail dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Encik Yusof bin Mat Nor