HULU TERENGGANU,19 NOVEMBER 2020 - Tukang membuat keris dan parang dikenali sebagai Penempa. Masih ada pembuat atau penempa keris boleh ditemui di beberapa tempat di negara ini antaranya “Matt Derr” atau nama sebenarnya Lokman Nur Hakim bin Sukry. Sesi Bicara bersam beliau dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu telah diadakan secara santai sambil menikmati minum petang pada 18 November 2020 bertempat Warung Pale Retok, Kuala Berang. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu kagum dengan hasil kerja dan kejayaan beliau yang telah berjaya mencipta keris dan parang yang begitu unik dan cantik. Beliau turut berkongsi pengalaman dan hasil seni beliau kepada orang ramai yang meminatinya. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu mendoakan semoga beliau terus maju dalam bidang yang diceburi dan menjadi ikon belia dalam daerah ini.
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 545
