- JBS Terengganu
- Hits: 522
MESYUARAT PENGURUSAN PEGAWAI DAN KAKITANGAN BIL 4/2020 PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH HULU TERENGGANU
HULU TERENGGANU, 26 OKTOBER 2020 - Semalam, telah berlangsungnya mesyuarat Pengurusan Pegawai dan Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu Bil 4/2020 yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Yusof bin Mat Nor. Turut hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah pegawai dan kakitangan yang bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu. Di antara intipati mesyuarat tersebut ialah pembentangan laporan-laporan program setiap Unit Belia, Sukan dan Rakan Muda serta laporan pengurusan pentadbiran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu. Pengerusi mengingatkan agar semua kakitangan dapat melaksanakan tugas dengan amanah, dedikasi dan bekerjasama sebagai sebuah pasukan.
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 522
