MARANG, 4 OKTOBER 2020 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohd Izwandy Bin Ismail telah hadir untuk merasmikan Majlis Perasmian Penutup Klinik Pembangunan Sukan Teqball Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Besar IKBN Wakaf Tapai, semalam. Turut hadir bersama beliau ialah Penolong Pengarah IKBN Wakaf Tapai dan Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Klinik yang telah diadakan selama 2 hari ini bermula 2 hingga 3 Oktober 2020 telah disertai seramai 31 orang peserta.
Dalam ucapan perasmian beliau berkata, semua peserta yang telah menyertai program ini sangat beruntung kerana sukan ini adalah sukan baru yang diperkenalkan di Malaysia khususnya di negeri Terengganu dan peserta ini merupakan perintis kepada sukan teqball di negeri ini. Sukan Teqball kini dimainkan di 65 buah negara dan Malaysia menjadi salah satu daripadanya. Sukan Teqball ini merupakan satu sukan yang berasaskan bolasepak yang unik tetapi menggunakan peralatan yang ringkas berbanding sukan bola sepak biasa. Sukan ini memberikan kelebihan kepada pemain bola sepak dan mudah untuk dikendalikan.
Persatuan Teqball Malaysia (MTA) turut mempersembahkan sedikit demonstrasi kepada tetamu jemputan yang hadir bagi memperlihatkan bagaimana cara sukan ini dimainkan. Tujuan utama pelaksanaan program ini dilaksanakan adalah sebagai salah satu platform memperkenalkan sukan baru kepada masyarakat. Selain itu, program ini dilaksanakan adalah untuk mencari bakatbakat baru yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Sukan JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 532
