- JBS Terengganu
- Hits: 437
PROGRAM KAYUHAN KLIP-KLIP SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2020 PERINGKAT DAERAH SETIU
SETIU, 07 SEPTEMBER 2020 – Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini bertemakan “Malaysia Prihatin”. Tema ini amat bertepatan dengan aspirasi yang didukung kerajaan agar seluruh rakyat MALAYSIA, sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan turut bersama-sama memerangi musuh di kala ini iaitu wabak Covid-19. Manakala PRIHATIN menunjukkan inisiatif kerajaan yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat Malaysia.Pada hakikatnya, semangat MALAYSIA PRIHATIN ini perlu disemarakkan di segenap segi kehidupan masyarakat, bukan sahaja dalam usaha menamatkan terus wabak Covid-19, tetapi dalam usaha memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat kearah yang lebih baik. MALAYSIA PRIHATIN perlu tersemat dalam ingatan untuk mengukuhkan kembali asas-asas perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat Malaysia, perlu melakukannya bersama-sama dan dengan keazaman dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Bagi menjayakan aspirasi negara, memerlukan rakyat terutama golongan muda yang mengamalkan gaya hidup cergas dan aktif. Justeru itu, Program Kayuhan Klip-Klip Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan telah di adakan pada 02 September jam 9.00 malam. Rosnani binti Haji Abdullah Zawawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu hadir majlis pelepasan di Stesen Bas Bandar Permaisuri yang telah di sempurnakan oleh Haji Mohd Sophian bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Setiu yang berkayuh sejauh 30 km bersama seramai 200 orang peserta termasuk Ketua Jabatan, Agensi, NGO’s serta orang perseorangan.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu, Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 437
