MARANG, 01 SEPTEMBER 2020 – Pada 22 Ogos 2020 Persatuan Belia Setia Sepakat, Kampong Tebakang telah menganjurkan Kejohanan Bowling Tetutup Jalinan Mesra Persatuan Belia Setia Pakat 2020 peringkat komuniti yang bertempat di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Square, Kuala Terengganu dan telah mendapat sambutan seramai 100 orang penyertaan dari belia dan komuniti setempat.
Melalui program ini, ianya dapat memupuk semangat toleransi dan saling mengenali antara satu sama lain diantara warga persatuan dan komuniti setempat Kg. Tebakang bagi membuka jaringan perhubungan yang lebih meluas dikalangan komuniti. Di samping itu, ianya dapat membentuk generasi yang seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi, jasmani dan mental sebagai sebuah persatuan Belia yang efektif kepada belia dan komuniti dan seterusnya ianya dapat mewujudkan sikap persefahaman melalui aktiviti secara bersama dan dipadankan kearah intergrasi yang lebih mantap di masa hadapan. Turut sama hadir adalah Mohd Shamsir bin Mohd, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang.
Disediakan oleh: PBSD Marang
- JBS Terengganu
- Hits: 553
