- JBS Terengganu
- Hits: 639
KLINIK ASAS ONLINE IKATAN TALI BAGI SUKAN MENDAKI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2020
HULU TERENGGANU, 26 OGOS 2020 – Program tersebut telah diadakan pada 22 Ogos 2020 bertempat Taman Pertanian Sekayu. Jumlah peserta dalam talian adalah seramai 53 orang. Program ini diadakan bertujuan untuk mengasah skill dan teknik ikatan tali dalam sukan mendaki agar sentiasa dikemaskini dan selaras dengan peredaran semasa. Selain itu juga, untuk mengembangkan aktiviti secara atas talian dengan mementingkan cirri-ciri keselamatan dalam pelaksanaan aktiviti serta menyediakan jurulatih – jurulatih sukan mendaki yang boleh bersaing di dalam kerjaya rekreasi. Majlis perasmian disempurnakan oleh Mohd Izwandy bin Ismail ,Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu juga turut hadir ke program, tersebut.
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 639
