HULU TERENGGANU, 19 OKTOBER 2020 - Sesi Perjumpaan Pelumba basikal negara yang berasal dari Terengganu iaitu Harif Salleh bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Yusof bin Mat Nor bagi membincang kanmengenai hala tuju sukan berbasikal daerah Hulu Terengganu telah diadakan secara santai di restoran hari ini. Sukan basikal merupakan gabungan antara manusia dan teknologi. Oleh itu setiap individu yang ingin menceburi sukan ini perlu mempersiapkan diri kelengkapan pengetahuan latihan dan perancangan. Sukan basikal juga menjadi sukan yang paling diminati di negara ini kerana sukan ini mudah dilakukan oleh setiap orang. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Harif Salleh dan memberi kata-kata semangat serta mendoakan semoga beliau terus berjaya dalam sukan basikal.
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 496
