BANGI, 11 MAC 2020 - Pada 18-20 Februari 2020, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Program Pembangunan Belia Tahun 2020 bertempat di Institut Semarak Felda, Bangi. Sesi bengkel tersebut dihadiri dan diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohmad bin Embong dan dihadiri oleh Pegawai Pembangunan Sosial, Siti Nor Ahya-Hydayah binti Ahmad, Pegawai Pembangunan Sahsiah, Nurul Fathiah binti Pauzi, Pegawai Pembangunan Ekonomi I, Nurul Ashikin binti Abd Rahman.
Tujuan bengkel tersebut dilaksanakan adalah untuk memberi lebih penyelarasan berkaitan program dari setiap unit belia. Semoga semua program pada tahun 2020 dapat dijalankan dan mencapai objektif untuk memimpin dan melahirkan golongan belia yang merangkumi semua aspek di dalam Dasar Belia Malaysia (DBM).
Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Belia JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 926
