- JBS Terengganu
- Hits: 677
LAWATAN PEMANTUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MARANG
- JBS Terengganu
- Hits: 677
MARANG, 16 MAC 2020 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Pejabat Daerah dan Tanah Marang telah diadakan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bil 1/2020 peringkat Daerah Marang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pegawai Daerah Marang dan telah dihadiri oleh wakil-wakil Jabatan Kerajaan di Daerah Marang.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara jabatan dalam usaha untuk perangi dadah habis-habisan di Daerah Marang khususnya serta membincangkan isu dan masalah dadah di Daerah Marang agar satu gerak kerja khusus dapat dirangka mengatasi masalah tersebut. Taklimat disampaikan oleh Puan Roslina binti Awang, Ketua Pegawai AADK Daerah Marang untuk memberikan sedikit makluman program yang bakal dijalankan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang Mohd Asrul Animi bin Haris.
Disediakan oleh: PBSD Marang
MARANG, 15 MAC 2020 – Pada 11/3/2020 jam 3.30 petang satu lawatan tapak telah diadakan bagi Cadangan Pembinaan Tapak Trek Olahraga dan Balapan bertempat di Sekolah Kebangsaan Kelulut, Marang. Tujuan lawatan tapak ini diadakan bagi mengenal pasti lokasi sesuai bagi pembinaan Trek olahraga dan Balapan disamping mengesahkan ketepatan maklumat yang diberikan. Dalam lawatan tapak tersebut turut sama hadir ialah wakil Pegawai Pendidikan Daerah Marang dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Mohd Shamsir bin Mohd.
Disediakan oleh: PBSD Marang
MARANG, 15 MAC 2020 – Satu taklimat Anugarah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP) peringkat Sekolah Menengah Tengku Lela Segara 2020 telah diadakan pada 10 Mac 2020 jam 3.00 petang bertempat di Dewan Mutiara Budi. Taklimat telah disampikan oleh Unit Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang. Pelajar yang menghadiri taklimat tersebut seramai 785 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Tujuan diadakan taklimat ARPRM adalah bagi memberikan gambaran yang jelas tentang pelakasanaan dan perjalanan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda disamping bagi mengiktiraf penglibatan golongan pelajar yang terlibat dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bagi meletakkan nilai-nilai murni dan semangat kesukarelaan dikalangan pelajar yang terlibat.
Disediakan oleh: PBSD Marang
KEMAMAN, 12 MAC 2020 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Program Fit Sunnah 2020 (FITS) Peringkat Daerah Kemaman telah berlangsung di Bilik Mesyuarat aras 3, Pejabat Daerah Kemaman, semalam. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Nurul Ain Binti Husin, Penolong Kanan Pegawai Daerah bermula pada jam 2.30 petang. Taklimat Program Fit Sunnah 2020 (FITS) Peringkat Daerah Kemaman telah diberikan oleh Khairuddin, wakil UBSNT kepada ahli mesyuarat untuk menerangkan objektif dan kaedah perlaksanaan program ini. Turut hadir dalam mesyuarat kali ini ialah ketua-ketua jabatan di Daerah Kemaman, wakil-wakil dari semua Pejabat DUN dan Penghulu Mukim termasuklah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman.
Disediakan oleh: PBSD Kemaman
DUNGUN, 11 MAC 2020 – Satu lawatan tapak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun bersama YPC Dungun telah dibuat bertempat di Sekolah Menegah Sains Dungun. Lawatan Tapak Bagi Majlis Ramah Mesra Bersama Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan telah diadakan pada hari ini sempena kunjungan Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada esok hari. Pihak PBSD dan YPC Dungun turut merancang program yang akan dilaksanakan pada kunjungan tersebut. Timbalan Menteri Belia dan Sukan dijangka akan mengadakan Majlis Ramah Mesra di Sekolah Menengah Sains Dungun pada 12 Mac 2020 dan merupakan lawatan pertama beliau ke daerah Dungun.
Disediakan oleh: PBSD Dungun
BESUT, 11 MAC 2020 – Dewan Sekolah Kebangsaan Seri Nering telah dipenuhi dengan ratusan pelajar sekolah yang berusia 15 – 17 tahun untuk mendengar taklimat berkaitan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Bagi mendapatkan maklumat dan cara yang jelas untuk menyertai program ini, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut telah dijemput oleh pihak sekolah sebagai penceramah bagi memperjelaskan tentang kaedah dan cara pelajar-pelajar untuk menceburkan diri bagi mendapatkan Anugerah tersebut. Semoga semangat yang dipamerkan oleh Pelajar pelajar ini, dapat dikekalkan sehingga memperolehi Anugerah Remaja Perdana tahap Emas dimasa akan datang .
Diesediakan Oleh: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut
Kemaskini Terakhir: 27-07-2026, 10:44:54