- JBS Terengganu
- Hits: 1027
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU DAERAH DUNGUN
DUNGUN, 11 MAC 2020 - Tahniah dan syabas kepada seluruh kepimpinan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu Daerah Dungun atas pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-29 bagi tahun 2020. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 10 Mac 2020 (Selasa) jam 2.00 petang bertempat di Dewan Seminar Chemerong.
Mesyuarat telah dirasmikan oleh Wan Norhayati binti Wan Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun.Turut hadir Hajjah Che Robiah binti Abdullah, Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Terengganu Daerah Dungun dan Puan Fatimah Syam binti Ghazali, Pesuruhjaya Pandu Puteri Daerah Dungun.
Disediakan oleh: PBSD Dungun
- JBS Terengganu
- Hits: 1027
