KUALA TERENGGANU, 28 SEPTEMBER 2020 - Jabatan Belia dan Sukan negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Anugerah Belia Negera Peringkat Negeri Terengganu 2020 yang berlangsung di Duyung Marina Resort pada 26 September 2020. Dua kategori yang dipertandingkan telah dimenangi oleh belia dari daerah Besut iaitu Cik Amirah Auni Binti Alias yang memenangi Anugerah Khas Permata Belia wanita Negeri Terengganu 2020 dan juga Saudara Ahmad bin Mustaffa yang turut memenangi Anugerah Khas Belia Tani Lelaki Negeri Terengganu 2020.
Pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut mewakili seluruh Persatuan Belia Daerah Besut turut berbangga dengan pencapaian anak muda ini dan merakamkan Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada ke dua –dua anak kelahiran besut ini diatas kejayaan tersebut. Turut hadir bersama-sama dalam majlis tersebut, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut, Wan Mahazani Wan Tahir.
Diesediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut
- JBS Terengganu
- Hits: 770
