BUKIT KLUANG, BESUT, 28 SEPTEMBER 2020 – Program Hiking Muhibbah telah diadakan di Bukit Kluang yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia Daerah Besut (ABIM) pada 25 September 2020. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut telah dijemput oleh pihak penganjur untuk merasmikan program ini dan memberi pendedahan maklumat terkini berkaitan SOP yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan aktiviti sukan rekreasi kepada semua yang hadir. Semoga para belia dan pengunjung yang hadir dapat menerima dan memahami tentang norma baru yang perlu dipatuhi dalam melakukan aktiviti sukan rekreasi
Diesediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut
- JBS Terengganu
- Hits: 632
