- JBS Terengganu
- Hits: 613
KEJOHANAN SUKAN TRADISIONAL PERINGKAT NEGERI TERENGGANU BAKAL MENJELMA KEMBALI BAGI TAHUN 2020
HULU TERENGGANU, 21 JANUARI 2020 - Sukan bukan hanya untuk tontonan dan hiburan tetapi ia juga adalah ejen perpaduan dalam menyatukan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Pegawai Belia dan Sukan Hulu Terengganu, Yusof Mat Nor berkata, sukan perlu dimartabatkan oleh semua pihak sekali gus merapatkan hubungan sesama kaum.
“Apabila sukan dapat menyatukan rakyat, kita akan dapat menghapuskan tembok politik perkauman dan agama. Sukan bukan sahaja untuk kita lihat dan nikmati, tetapi jauh lebih besar kerana sukan adalah ejen perpaduan yang akan menyatukan kita dan rakyat Malaysia perlu bangga dengan negara ini dan bangga dengan Jalur Gemilang.
“Pastikan Hulu Terengganu boleh,” katanya dalam ucapan mesyuarat penyelarasan Kejohanan Permainan Tradisional semalam . Selain itu, kejohanan yang bakal berlangsung pada 21-22 mac 2020 di Muzium Negeri Terengganu akan melibatkan 37 orang kontinjen bagi mewakili daerah Hulu Terengganu
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu- JBS Terengganu
- Hits: 613
