HULU TERENGGANU, 30 JANUARI 2020 - Kejohanan Golf Piala Ahli Parlimen Hulu Terengganu 2020 yang telah berlangsung pada 26 Januari 2020 bertempat di Padang Golf Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Seramai 50 orang pemain mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Tujuan kejohanan diadakan ialah untuk mewujudkan budaya masyarakat penyayang dan prihatin dikalangan kakitangan kerajaan dengan pihak bukan kerajaan disamping dapat bertukar-tukar fikiran kearah pembangunan negeri dan negara. Mengeratkan lagi talian silaturrahim dan semangat kesukanan dikalangan kakitangan kerajaan dengan bukan kerajaan. Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan serta bertukar-tukar pendapat dan fikiran melalui pengalaman di organisasi masing-masing .
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu- JBS Terengganu
- Hits: 591
