- JBS Terengganu
- Hits: 908
KUNJUNGAN HORMAT PENGETUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT SAWA YANG BARU KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MARANG
MARANG, 29 JANUARI 2020 – Pada 20 Januari 2020, jam 4.30 petang Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang telah menerima kunjungan hormat dari Noraini binti Baba, Pengetua Sekolah Menengah Bukit Sawa, Marang. Kehadiran beliau telah disambut oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Mohd Shamsir bin Mohd. Kunjungan beliau ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah lebih kepada mengeratkan hubungan antara SMK Bukit Sawa dan PBSD Marang.
Pertemuan juga membincangkan program sempena Sambutan Jubli Emas SMK Bukit Sawa yang akan diadakan pada 11-13 Februari 2020 disamping menyampaikan risalah sempena program tersebut dan aktiviti-aktiviti yang Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang boleh berkerjasama dengan SMK Bukit Sawa.
Disediakan oleh: PBSD Marang
- JBS Terengganu
- Hits: 908
