- JBS Terengganu
- Hits: 672
PROGRAM SANTAI AKTIVITI “BAKAR AYAM” PERSATUAN BELIA 4B (M) KG TANAH LOT ALOR WAN SYED SEMPENA TAHUN BARU 2020
MARANG, 13 JANUARI 2020 – Pada 10 Januari 2020 Persatuan Belia 4B (M) Kg Tanah Lot Alor Wan Syed telah mengadakan aktiviti Bakar Ayam sempena Tahun Baru 2020 bertempat di Kedai Man Café Kg Tanah Lot Alor Wan Syed. Program bermula selepas Isyak dengan sesi bacaan doa dan sesi imbas kembali aktiviti sepanjang tahun 2019. Program tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan Jawatankuasa (MPKK) dan wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang. Tujuan utama Program ini diadakan adalah menghargai peranan Belia 4B Malaysia Kg Tanah Lot Alor Wan Syed sepanjang tahun 2019 disamping itu juga program ini dapat merapatkan hubungan Silaturahim antara ahli-ahli belia dengan masyarakat setempat.
Disediakan oleh: PBSD Marang- JBS Terengganu
- Hits: 672
