HULU TERENGGANU, 15 JANUARI 2020 - “Patah Tumbuh Hilang Berganti” begitulah pepatah yang biasa kita ungkapkan bagi meraikan perpisahan seseorang dalam sesuatu majlis. Wan Munirah Binti Wan Ahmad, Pembantu Belia dan Sukan (S19) yang telah berkhidmat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu akan bertukar ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bermula 15 Januari 2020. Semalam adalah hari terakhir beliau bertugas disini dan Pihak pejabat mengucapkan jutaan terima kasih diatas khidmat bakti yang telah dicurahkan semasa bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu. Semoga beliau terus maju dan cemerlang di tempat baru.
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu- JBS Terengganu
- Hits: 653
