- JBS Terengganu
- Hits: 548
53 ORANG PELAJAR SM TERENGGANU MENYERTAI PENJELAJAHAN LASAK & KHIDMAT MASYARAKAT
KUALA TERENGGANU, 12 JANUARI 2020 – Seramai 53 orang pelajar daripada SM Teknik Terengganu telah menyertai Program Penjelajahan Lasak dan Khimat Masyarakat Tahap Gangsa yang telah diadakan pada 9 hingga 10 Januari 2020 yang lalu bertempat di Tapak Perkhemahan Sungai Lawit, Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Terengganu. Para peserta ini perlu melengkapkan antara elemen utama bagi Anugerah Remaja Perdana iaitu penjelajahan lasak serta khidmat masyarakat bagi melayakkan mereka untuk dianugerahkan dengan pingat gangsa.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohmad bin Embong. Majlis turut dihadiri oeleh Pengetua SM Teknik Terengganu iaitu Hjh Zarina binti Jusoh dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu iaitu Mohd Qayyum bin Rahman.
Disediakan Oleh : Mohd Qayyum bin Rahman (PBSD Kuala Terengganu)
- JBS Terengganu
- Hits: 548
