SETIU, 20 JANUARI 2020 – Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Setiu Bil 1/2020 yang di pengerusikan oleh Tuan Haji Sophian bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Setiu dengan kehadiran Ketua Jabatan dan Agensi yang berkaitan. Mesyuarat yang dilaksanakan secara berkala sebulan sekali adalah bagi membincang serta membuat tindakan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi.
Semua Ahli Mesyuarat telah diberi taklimat oleh Pejabat Kesihatan Daerah Setiu tentang wabak influenza A dan langkah pencegahan, HFMD, Polio dan juga taklimat mengenai Kempen Larangan Merokok di tempat awam.
Di sediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu
SETIU, 20 JANUARI 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu telah menerima kehadiran Puan Siti Nasuha binti Ibrahim @ Yusof bagi mengisi kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29 dan Encik Azhar bin Awang bagi Jawatan Pembantu Belia dan Sukan Gred S19. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu merakamkan penghargaan serta terima kasih atas penempatan ini dan semoga dapat membantu melancarkan agenda pembangunan belia, sukan dan rakan muda di Daerah Setiu.
Di sediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu
HULU TERENGGANU, 20 JANUARI 2020 - Sesi Perbincangan Kejohanan Golf Jelajah Timur KBS 2020 diantara Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu bersama Pengerusi Kelab Golf Brang (Brang Golf Club) Hulu Terengganu. Kejohanan ini bakal diadakan pada bulan April 2020 bertempat di Mahkota Golf & Country Club (MGCC), Kuantan Pahang. Kejohanan ini dikelola oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan Kerjasama Kelab Golf Brang (Brang Golf Club), Hulu Terengganu.
Objektif kejohanan golf adalah mengeratkan lagi talian silaturrahim dan semangat kesukanan dikalangan kakitangan kerajaan dengan bukan kerajaan. Memupuk semangat kerjasama dan setiakawan serta bertukar-tukar pendapat dan fikiran melalui pengalaman di organisasi masing-masing serta memantapkan lagi semangat perkongsian pintar untuk menjadikan negeri dan negara maju, mampan dan sejahtera. Kejohanan ini terbuka kepada semua penjawat awam, ahli-ahli persatuan dan individu yang diperakukan oleh urusetia kelab sukan KBS. Pihak pejabat berharap kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jaya nya dengan kerjasama semua pihak.
BESUT, 20 JANUARI 2020 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut telah menerima seorang pelajar praktikal iaitu, Cik Hayuni Binti Mazlan, Jurusan Ijazah sarjana Muda Kerja Sosial dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Cik Hayuni secara rasminya telah melaporkan diri kepada En. Wan Mahazani Bin Wan Tahir di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut pada hari ini. Beliau akan menjalani latihan praktikal bermula 19 Januari 2020 hingga 23 Mei 2020. Semoga beliau memperolehi ilmu dan pengalaman yang berguna sepanjang beliau menjalani latihan praktikal disini yang akan digunakan apabila berada dipasaran kerja satu masa nanti.
HULU TERENGGANU, 20 JANUARI 2020 – Baru-baru ini Kelab Belia Kampung Belukar Bukit telah mengunjungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu bagi menubuhkan dan mengemaskini dokumen untuk dihantar kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Timur. Sesi Kemaskini dokumen bagi pendaftaran Kelab Belia Kampung Belukar Bukit, Hulu Terengganu bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu itu dihadiri oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Kelab serta Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Ahmad Nur Al-Hadi. Pertemuan bersama tersebut membincangkan hala tuju kelab tersebut dan mengeratkan hubungan silaturahim antara pejabat dan kelab. Pengerusi Kelab Belia Kampung Belukar Bukit menerangkan ahli jawatankuasa yang dibentuk setelah mesyuarat penaja diadakan. Pihak pejabat berharap kelab ini akan terus aktif dan memberi komitmen kepada masyarakat setempat.
HULU TERENGGANU, 20 JANUARI 2020 - Program “Temu Muka” Mesra MAYC Hulu Terengganu menyantuni Pimpinan Ahli MAYC Peringkat Cawangan Dun Manir bertujuan mengeratkan serta merapatkan silaturrahim sambil berbincang pelbagai perancangan program yang akan dijalankan pada tahun 2020. Program yang diadakan bertempat di Pasir Tebakang, Manir dihadiri oleh Pengerusi MAYC Hulu Terengganu, saudara Sulong Mokhetar, wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Mohd Syukri bin Mohd Azam dan Mohd Nazrul bin Mamat dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu, saudara Mukri bin Mamat yang turut meluangkan masa menghadiri program tersebut bersama-sama ahli MAYC Hulu Terengganu. Turut diadakan penyampaian cenderahati sempena kelahiran anak kepada Setiausaha MAYC Hulu Terengganu, Norul Fatihah. Pengerusi MAYC Hulu Terengganu mengucapkan terima kasih kepada MAYC Banggol, Pujuk, Beladau Kolam dan Tualang atas inisiatif dalam menjayakan program ini.
MARANG, 20 JANUARI 2020 – Pada 17 Januari 2020 Persatuan Belia Kota Wawasan dengan kerjasama Kawasan Rukun Tertanggan (KRT) Kg. Hutan Banau telah mengadakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Sayangi Komuniti Kita bersama-sama AADK bertempat Perkarangan Bangunan KRT Kg Hutan Banau jam 8.00 pagi. Objektif program ini adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang jenis-jenis dadah dan kesan buruk akibat penyalahgunaan dadah.
Antara pengisian program adalah ceramah mengenai dadah dan dialog antara masyarakat dengan Pegawai AADK. Program ini juga dapat membuka minda masyarakat mengenai kesan bahaya dadah kepada pembangunan sosial masyarakat. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Sulaiman Sulong ADUN Pengkalan Berangan dan turut sama hadir ialah Pegawai Belia dan Daerah Marang, Mohd Shamsir bin Mohd serta Pegawai Perpaduan dan Intergrasi Daerah Marang.
MARANG, 20 JANUARI 2020 – Pada 15 Januari 2020 jam 10.30 pagi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang telah menerima kehadiran seorang Penolong Pegawai Belia dan Sukan S29 baru (kontrak) saudara Mohd Nasir bin Nawi bagi mengisi kekosongan Gred S29 sediada yang tidak diisi. Beliau yang sebelum ini bertugas di Kem PLKN sebagai jurulatih mula melaporkan diri di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu pada awal tahun baru-baru ini dan seterusnya ditempatkan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang. Nota Serah Tugas telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah marang, Mohd Shamsir Mohd. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada beliau. Semoga dengan kehadiran beliau ianya dapat membantu lagu pembangunan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang lebih cemerlang serta meringan tugas sediada.
DUNGUN, 19 JANUARI 2020 - Perlawanan Akhir Dungun Football League 2019 / 2020 yang telah berlangsung di Padang Arena Merdeka Dungun telah menyaksikan pertembungan antara DSPEX FC menentang Teluk Lipat FC. Kedua-kedua pasukan telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan kemahiran permainan bola sepak yang tersendiri.
DSPEX FC mendahului permainan seawal minit ke-8 selepas sepakan leret Izul Fadhli gagal diselamatkan penjaga gol Teluk Lipat FC. Namun, Teluk Lipat FC tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan selepas Fakrurazi Mamat menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-31. Mohd Asyi Syariman kemudian mengukuhkan kedudukan buat Teluk Lipat FC selepas rembatan derasnya di depan gol berjaya menewaskan penjaga gol DSPEX FC buat kali kedua. Memasuki separuh masa kedua, kedua-dua pasukan telah saling berbalas serangan. Beberapa percubaan kearah pintu gawang gol telah mengamatkan suasana. Namun, tiada penambahan jaringan berjaya dihasilkan sehingga tamat permainan.
Turut hadir pada perlawanan akhir tersebut ialah YB Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli, Ahli Parlimen Dungun, YB Cikgu Haji Wan Hapandi bin Wan Nik, ADUN Sura, Tuan Haji Anuar Awang, Pegawai Daerah Dungun serta Muhammad Firdaus bin Suazali wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun. Orang ramai telah memenuhi sekeliling padang bagi menyaksikan dan memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran mereka. Kejohanan ini adalah anjuran bersama Persatuan Bola Sepak Daerah Dungun dengan Majlis Perbandaran Dungun.