KEMAMAN, 3 FEBUARI 2019 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Cawangan Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Kelab Sukan Kecergasan Fit And Gorgeous telah mengadakan satu Sesi Taklimat dan TOT Sistem Buku Log Instruktur Se-Malaysia (BLISS) peringkat Zon Timur. Taklimat dan TOT tersebut bertujuan memberi kefahaman dan latihan kepada pentadbir system BLISS di peringkat daerah, negeri serta instruktur dalam pengendalian sisem tersebut. Seramai 39 orang peserta telah hadir didalam sesi yang diadakan di Makmal Komputer A, Kampus INTAN Wilayah Timur, Kemaman. Peserta terdiri daripada pegawai di peringkat negeri dan daerah meliputi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Sistem BLISS ini akan menggantikan penggunaan buku log instruktur yang digunakan sebelum ini dan ianya terpakai bermula tahun 2020. Antara rasionalisasi perubahan ini adalah mengatasi isu-isu bekalan buku log yang hilang dan integriti maklumat yang dimasukkan selain meminimakan kos pencetakan dan pengedaran buku log ke seluruh negara. Melalui sistem ini juga ia akan memastikan rekod log aktiviti keergasan yang disertai instruktur tersimpan kemas dan selamat.
Sesi taklimat dan TOT ini telah dikendalikan oleh Mohd Taher Bin Kamil, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Cawangan Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara bersama Rezal Mohd Johan dan Siti Azlina Binti Baharuddin daripada Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Majlis penyampaian sijil penyertaan kepada peserta telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohd Izwandy Ismail.
Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Sukan JBSNT- JBS Terengganu
- Hits: 678
