- JBS Terengganu
- Hits: 690
MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA AGENSI KERAJAAN SEMPENA SEKAYU WATERFALL FUNRIDE 2020
HULU TERENGGANU, 8 SEPTEMBER 2020 - Mesyuarat Penyelarasan Bersama Agensi Kerajaan Sempena “Sekayu Waterfall Funride 2020“ telah diadakan bertempat Bilik Mesyuarat UMNO DUN Telemong bagi membincangkan program yang akan dilaksanakan bertemakan Semangat Cintakan Negara sempena Hari Malaysia pada 16 September 2020. Objektif program ini adalah untuk mempromosikan tempat pelancongan sekayu yang terletak di dalam daerah Hulu Terengganu dan disertakan program funride yang bermula di Dataran Kuala Berang berakhir di Pusat Pelancongan Sekayu. Mesyuarat dipengerusikan oleh ADUN Telemong,YB Dato Rozi bin Mamat. Pembantu Belia dan Sukan, Mohd Shukri bin Mohd Azam mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu hadir ke mesyuarat tersebut.
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu
- JBS Terengganu
- Hits: 690
