HULU TERENGGANU, 27 FEBRUARI 2020 - Bertempat di Gelanggang Futsal Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu, Pasukan Futsal Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu pada 20 Februari 2020. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama yang berpanjangan demi pembangunan belia-belia setempat. Selain itu juga, dapat menyihatkan tubuh badan dalam melakukan aktiviti-aktiviti dalam permainan futsal. Perlawanan persahabatan ini diatur sempena program ramah mesra NGO daerah Hulu Terengganu bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu- JBS Terengganu
- Hits: 560
