HULU TERENGGANU, 27 FEBRUARI 2020 – Satu Kunjung Hormat Pengarah Jabatan Belia Sukan Negeri Terengganu, Encik Mohd Izwandy bin Ismail ke atas Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Ahmad Azizi bin Zulkifli bertempat di Pejabat Daerah Hulu Terengganu pada 20 Februari 2019 jam 9.00 pagi. Kunjung hormat ini diadakan adalah untuk membincangkan tentang perancangan kerjasama yang akan dapat dijalinkan diantara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan Pejabat Daerah Hulu Terengganu. Pegawai Daerah iaitu Ahmad Azizi bin Zulkifli menyambut baik lawatan tersebut.
Antara perkara yang dibincangkan ialah kerjasama untuk mengadakan beberapa program dan aktiviti berkaitan belia dan sukan. Pelbagai perancangan dan aktiviti telah dibincangkan bersama berpandukan takwim perancangan program sepanjang tahun 2020. Pejabat Daerah Hulu Terengganu memberi sokongan dan komitmen di atas program-program yang akan dilaksanakan. Lawatan tersebut juga dihadiri oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dan pihak jabatan mengucapkan ribuan terima kasih diatas sambutan dan kerjasama yang telah diberikan oleh Tuan Pegawai Daerah Hulu Terengganu.
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu- JBS Terengganu
- Hits: 774
