- JBS Terengganu
- Hits: 681
KUNJUNGAN HORMAT PENGERUSI YOUTH POWER CLUB (YPC) MARANG KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MARANG
MARANG, 11 MAC 2020 – Pada 23 Februari 2020, jam 8.00 pagi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang telah menerima kunjungan hormat dari Saudara Alif Rafiee bin Abdul Razak Pengerusi Youth Power Club Marang. Kehadiran beliau telah disambut oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Mohd Shamsir bin Mohd. Kunjungan beliau ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah lebih kepada mengeratkan hubungan antara YPC Marang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang. Pertemuan juga membincangkan beberapa program yang akan diadakan secara bersama yang melibatkan program-program untuk belia di Daerah Marang. Pertemuan berlangsung dalam suasana santai.
Disediakan oleh: PBSD Marang
- JBS Terengganu
- Hits: 681
