- JBS Terengganu
- Hits: 986
PERJUMPAAN SANTAI PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH DUNGUN BERSAMA KELAB SEPAK TAKRAW TAMAN RAKYAT JAYA
DUNGUN, 27 FEBRUARI 2020 - Bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun satu sesi sembang santai antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun bersama Kelab Sepak Takraw Taman Rakyat Jaya telah diadakan. Perjumpaan santai ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju serta perancangan Kelab Sepak Takraw Taman Rakyat Jaya bagi tahun 2020. Kelab Sepak Takraw Taman Rakyat Jaya sebelum ini sering menganjurkan program kerjasama bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun dan merupakan salah sebuah kelab sukan yang aktif dibawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Perjumpaan ini dihadiri Wan Norhayati binti Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun, Syed Shaibil Awari bin Syed Iqbal, Pengerusi Kelab Sepak Takraw Taman Rakyat Jaya, Muhammad Nur Firdaus bin Suazali, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Dungun, Lukman Hadi bin A. Rashid, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Dungun serta ahli jawatankuasa Kelab Sepak Takraw Taman Rakyat Jaya Dungun.
Disediakan oleh: PBSD Dungun
- JBS Terengganu
- Hits: 986
