- JBS Terengganu
- Hits: 697
MAJLIS PERASMIAN BAGI PROGRAM SENAMROBIK DAN GAYA HIDUP SIHAT BERSAMA KOMUNITI EMPOWER ECER HULU TERENGGANU
HULU TERENGGANU, 10 FEBUARI 2020 - Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang individu, institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita.
Satu program Senamrobik dan Gaya Hidup Sihat Bersama Komuniti Empower Ecer Hulu Terengganu telah diadakan pada 8 Februari 2020 bertempat di Perkarangan Pejabat ECER Hulu Terengganu. Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik, pemeriksaan kesihatan, pertunjukan membuat kek serta membaiki telefon. Majlis perasmain program disempurnakan oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu iaitu Penolong Pegawai Belia dan Sukan Hulu Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur dengan kerjasama Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia.
Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu- JBS Terengganu
- Hits: 697
