- JBS Terengganu
- Hits: 610
ZIARAH KASIH MANTAN TIMBALAN PENGERUSI PERSATUAN BELIA SETIA SEPAKAT DI HSNZ
MARANG, 29 JANUARI 2020 – Pada 21 Januari 2020 jam 5.00 petang satu program Ziarah kasih keatas mantan Timbalan Pengerusi Persatuan Belia Setia Pakat Saudara Fauzi bin Tahar yang disahkan serang sejenis penyakit saraf dan ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Beliau juga selaku Penasihat Persatuan Belia Setia Pakat merupakan antara yang aktif bergerak dalam kerja-kerja belia.
Ziarah kasih turut melibatkan Pengerusi Persatuan Belia Sepakat dan Ahli Jawatankuasa Persatuan disambut mesra oleh beliau dan ahli keluarga beliau. Alhamdulillah keadaan beliau nampak semakin pulih dan bersemangat untuk meneruskan gerak kerja belia bagi memastikan Persatuan Belia Setia Pakat terus cemerlang. Semoga saudara Fauzi Tahar terus dikurnikan kesihatan dan sentiasa dalam limpah rahmat Allah Taala. Turut sama hadir dalam ziarah kasih tersebut ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Encik Mohd Shamsir bin Mohd.
Disediakan oleh: PBSD Marang- JBS Terengganu
- Hits: 610
