- JBS Sabah
- Hits: 490
KELAB BELIA KG. MERIDI BANTU PENGGERAK PENDAULAT BORNEO 6.0 AGIH SUMBANGAN KEPADA KOMUNITI PAMAITAN

RANAU, 22 Mei 2021 - Kelab Belia Kg. Meridi telah membantu Penggerak Pendaulat Borneo 6.0 (Universiti Kebangsaan Malaysia) menyerahkan sumbangan dana kepada komuniti Kampung Pamaitan Ranau baru-baru ini.
Menurut Pengerusi Kelab Belia Kg.Meridi, Mohd. Fadwan Bin Ali, beliau bersama Timbalan Pengerusi Kelab, Igga Amand telah mengetuai misi tersebut.
"Kampung Pamaitan, Ranau merupakan salah satu kampung di kawasan Mukim Ulu Sugut Ranau yang terletak kira-kira 4km - 5km dari Kampung Meridi dan akses ke Kampung Pamaitan, memerlukan perjalanan kaki selama 40 minit - 1 jam ataupun menaiki motor". Jelas Fadzwan.
Menurut Amir Humaidi Adnan selaku Ketua Pengarah Program Penggerak Pendaulat Borneo 6.0, program tersebut merupakan inisiatif mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia untuk membantu masyarakat di kawasan pendalaman dengan memberikan keperluan sumber asas seperti bekalan elektrik yg baik (panel solar & solar street lamp) dan juga bekalan air bersih.
Dengan keadaan pendamik Covid19 yang semakin membimbangkan, pihak Penggerak Pendaulat Borneo 6.0 telah memberikan amanah kepada Kelab Belia Kampung Meridi membantu menyerahkan dana sumbangan yang terkumpul untuk diserahkan kepada Pengerusi JPKK Kg. Pamaitan, Allan Aliu.
"Selaku Pengerusi Kelab Belia Kampung Meridi, saya sangat berterima kasih kepada pihak Penggerak Pendaulat Borneo 6.0 kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk menjalankan amanah ini. Semoga usaha seperti ini mampu membantu sedikit sebanyak komuniti pedalaman di Mukim Ulu Sugut Ranau". Jelas Fadzwan.
Saya juga sangat berharap agar Program Penggerak Pendaulat Borneo 6.0 ini akan dapat diteruskan selepas sahaja pandemik Covid19 di negara kita terkawal. Progam dan usaha seperti ini sangat penting dalam membantu komuniti untuk menikmati kehidupan yang lebih baik seperti di tempat lain". Ujar beliau.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan tahniah kepada Kelab Belia Kg. Meridi atas jalinan kolaborasi menzahirkan program bantuan tersebut.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 490






