MANGGATAL, 2 Julai 2021 - Gelanggang Futsal yang terletak di Kg. Tebobon, Manggatal bakal dinaiktaraf apabila gelanggang tersebut dilawat hari ini. Lawatan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah JBS (P) Sabah, Encik Mohamad Mazlan Bin Haji Anis bersama Encik Yum Maren Bin Basri, Penolong Pegawai Pembangunan JBS (P) Sabah. Turut hadir dalam lawatan tersebut, Encik Hamzah Md. Tahir, Puan Norhayati Tasif mewakili Pejabat Belia dan Sukan (P) Pantai Barat serta Encik Abqaree Fawwaz Abekan mewakili Kelab Sukan Inspirasi Kinabalu. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 490
