MANGGATAL, 20 Julai 2021 - 12 orang Sukarelawan Bukan Kesihatan (Malaysia Vaccine Support Volunteer) Bahagian Pantai Barat terus komited membantu melancarkan program vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Komuniti Manggatal hari ini.
Program pemvaksinan yang memasuki minggu kedua di PPV berkenaan melibatkan penerima seramai 180 orang di kalangan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua sukarelawan MyVac yang bertugas walaupun dalam keadaan bercuti sempena sambutan Aidiladha tahun ini.
TUARAN, 20 Julai 2021 - Seramai 503 penerima vaksin berdaftar pada hari ini melibatkan golongan sasar berumur 60 tahun ke atas yang terdiri daripada golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Pusat Pemberian Vaksin Tuaran.
PPV Dewan Seri Sulaman yang memasuki minggu ke-10 tersebut terus beroperasi semasa cuti perayaan sambutan Aidiladha bagi meningkatkan peratusan masyarakat divaksin di daerah ini.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada 15 orang Sukarelawan MyVac PPV Tuaran yang terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, komited dan menurut arahan dari semasa ke semasa bagi menjayakan program vaksinasi ini.
PENAMPANG, 19 Julai 2021 – Lawatan kerja oleh Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kebudayaan Penampang memberi suntikan baru kepada petugas sukarelawan MyVAC.
Dalam lawatan tersebut, beliau sendiri melihat tugas dan proses tugasan yang dilaksanakan oleh sukarelawan MyVAC. Di kesempatan itu, beliau telah bertemu dan beramah mesra dengan sukarelawan MyVAC yang bertugas di PPV tersebut serta memberikan dorongan dan kata-kata semangat kepada mereka untuk terus berkhidmat dan berbakti dalam memudahkan pengurusan pemberian vaksin kepada masyarakat setempat.
Beliau juga mengingatkan kepada semua sukarelawan MyVAC PPV Dewan Kebudayaan, Penampang agar sentiasa mengamalkan SOP yang dtetapkan dan terus menjaga disiplin serta nama baik imej sukarelawan MyVAC.
Turut hadir dalam lawatan tersebut, Cik Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
KOTA KINABALU, 16 Julai 2021 - Team Sukarelawan Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS) telah menyerahkan 45 bakul makanan dan 25 unit telefon pintar kepada SK Kokol, Kota Kinabalu (15 telefon & bakul makanan) dan SK Kelanahan Papar (30 bakul makanan dan 10 telefon) hari ini.
Presiden KPS, Encik Mohd. Taufik Ismail merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada penyumbang telefon melalui Projek Gadget Rebbeca, Puan Becky Chin Wong atas inisiatif membantu murid-murid B40/keluarga ramai anak dalam memudahkan proses PDPR semasa pendemik Covid19.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat merakamkan syabas dan tahniah kepada KPS dan para penyumbang atas inisiatif bantuan tersebut.
KOTA KINABALU, 15 Julai 2021 - Persatuan Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS) telah menerima sumbangan daripada Suria Capital Holdings Berhad selaku GLC atas tanggungjawab sosial korporat dalam menyokong dan membantu Sukarelawan Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS) dalam menjayakan kempen Projek Bendera KK yang telah dijalankan bermula 1 Julai 2021 sehingga kini.
Menurut kenyataan Pengerusi KPS, Mohd. Taufik Ismail berkata, sebanyak 870 keluarga/ 458 pek susu yang memberi manfaat 4,348 orang telah diberikan bantuan sejak kempen ini dijalankan.
Simbolik penyampaian cek tersebut disampaikan oleh YBhg. Datin Maria Mahmun, Ketua Hal Ehwal Korporat & Komunikasi Kumpulan kepada Encik Mohd. Taufik Ismail, Pengerusi Skuad KPS.
Turut hadir menyaksikan acara tersebut, Puan Julia Ismail, Pengurus Perhubungan Pelanggan Sabah Ports Sdn Bhd, Puan Norafedah Jamlin, Pegawai Kanan Hal Ehwal Korporat & Komunikasi Kumpulan dan Puan Hashima Hasbullah, Timbalan Pengerusi Skuad KPS.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sukarelawan Skuad KPS dan berharap agar lebih banyak badan korporat/GLC tampil membantu golongan terjejas pandemik Covid19 ini.
MANGGATAL, 15 Julai 2021 - Suasana tenang dan terkawal di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Komuniti Manggatal yang mula beroperasi hari ini sehingga proses vaksinasi negara selesai.
Seramai 12 orang Sukarelawan Bukan Kesihatan (Malaysia Vaccine Support Volunteer) Bahagian Pantai Barat di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memulakan tugasan membantu melancarkan program vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut.
Program pemvaksinan yang bermula hari ini melibatkan penerima di kalangan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Encik Andy Suhardy Sarbini selaku Pegawai penyelaras MyVAC Bahagian Pantai Barat dan juga merupakan Pegawai Unit Rakan Muda PBSB pantai Barat turut bersama sukarelawan di lokasi PPV bagi memberikan taklimat penuh penugasan MyVac.
RANAU, 14 Julai 2021 - Kelab Belia Kampung Meridi Ranau, telah menjayakan program penyerahan bakul makanan pada hari ini.
Program inisiatif badan NGO, Happy Bank yang dipengerusikan oleh Puan Nurainie Haziqah bertujuan untuk membantu meringankan beban kepada mereka yang terjejas semasa pandemik Covid19.
Menurut kenyataan Pengerusi Kelab Belia Kg. Meridi, Mohd. Fadzwan Bin Ali berkata, seramai 25 individu telah mendapat faedah melalui program ini yang melibatkan pelajar IPTA/IPTS di kawasan Mukim Timbua dan Mukim Ulu Sugut, Ranau yang terpaksa menyewa rumah/ bilik di sekitar kawasan Pekan Ranau bagi mengikuti kelas online. Hal ini disebabkan kerana rangkaian internet di kawasan ini masih belum stabil.
"Semoga program ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada mereka semasa mengharungi pandemik Covid19 ini. Semasa penyerahan bakul makanan tadi, saya sempat berpesan kepada beberapa orang pelajar di kawasan Mukim Timbua dan Ulu Sugut agar mereka terus bersemangat dan fokus untuk belajar. Jangan jadikan covid19 ini sebagai alasan untuk mengalah. Ini adalah salah satu cabaran dalam menempuh kejayaan akan datang." Ujar Fadzwan.
"Semoga mereka semua diberikan kekuatan untuk terus mengharungi cabaran ini dan mendapat kejayaaan pada masa akan datang kerana mereka adalah pemimpin pelapis yang akan mencorak Ranau pada masa akan datang". Tambah Fadzwan.
"Saya selaku penyelaras program ini dengan rasa penuh penghargaan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Happy Bank atas inisiatif ini. Terima kasih kepada Tuan Asis Bakri kerana memberikan kepercayaan kepada Kelab Belia Kampung Meridi untuk melaksanakan program ini. Terima kasih juga kepada Saudara Othman Bin Basman kerana sentiasa membantu menggerakkan program kelab dan semua pihak yang terlibat sepanjang program ini dijalankan". Katanya.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kelab Belia Kg. Meridi Ranau atas usaha yang tidak pernah putus-putus menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi dan ngo bagi membantu golongan terkesan pandemik Covid19.
TUARAN, 11 Julai 2021- BSMM daerah Tuaran dengan kerjasama Persatuan Tzu Chi, Mutiara GRS Sabah dan Hospital Tuarah telah menganjurkan kempen menderma darah di Bilik Seminar Hospital Tuaran hari ini.
Setiausaha Kehormat BSMM daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Kevin Lo berkata, seramai 102 orang telah mendaftar sebagai penderma tetapi hanya 80 orang sahaja yang layak dengan jumlah 43 pints darah terkumpul meliputi darah jenis O, A, B dan AB.
"Kami akan terus pergiatkan kempen menderma darah ini bagi membantu Unit Tabung Darah Hospital Tuaran". Jelas Kevin.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha BSMM Tuaran dan semua agensi yang terlibat. Semoga lebih ramai masyarakat prihatin menyokong program ini di masa-masa akan datang.
NABAWAN, 12 Julai 2021 – Seramai 12 Sukarelawan Bukan Kesihatan Myvac telah memulakan tugasan pertama mereka di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Majlis Daerah Nabawan bermula 12 Julai 2021. Sesi taklimat disampaikan oleh En. Erzan Abdullah selaku Penyelaras Sukarelawan Myvac Bahagian Keningau dan taklimat penugasan di PPV pula disampaikan oleh Dr. Anna daripada Pejabat Kesihatan Nabawan.
Turut hadir pada sesi penyerahan Sukarelawan Myvac ini ialah Puan Jovanna Juanis, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau dan En. Ryandie Angsukup, Pegawai Pemantau PPV Nabawan.
Diharapkan agar para sukarelawan dapat menjaga disiplin dan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262