- JBS Sabah
- Hits: 480
GPBBPBS SUNTIK SEMANGAT MYVAC, SELARAS PROGRAM AGIHAN KIT PERLINDUNGAN DIRI KEPADA PASUKAN MYVAC SEKITAR BAHAGIAN PANTAI BARAT SABAH
KOTA KINABALU, 18 Ogos 2021 - Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan (GPBBPBS) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat telah menganjurkan Program Agihan Kit Alat Perlindungan Diri Kepada Pasukan MyVac Bahagian Pantai Barat baru-baru ini.
Program yang berkonsepkan siri jelajah memulakan agihan di PPV IPT Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada jam 9 pagi dengan agihan 35 set pek energi, 35 kotak penutup muka, sarung tangan getah dan sanitizer telah diserahkan oleh Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat, Abqaree Fawwaz Abekan kepada Wakil Ketua MyVac PPV-IPT UMS iaitu Cik Nasra Amsyelacibah Binti Mohd Nasir dan Mohd Jim Bin Ali.
Turut hadir dalam Program berkenaan, Setiausaha Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan, Nur Fadilah Mohamad, wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Pantai Barat, Hamzah Mohamad Tahir dan Andy Suhardy Sarbini.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 480






