TUARAN, 16 Oktober 2021 - Seramai 20 orang Sukarelawan Bukan Kesihatan (MYVAC) meneruskan penugasan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsan (PICK) Remaja Di Bawah Covid-19 Immunisation Task Force - Adolescent (CITF-A) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di Pusat Pemberian Vaksin, Dewan Seri Sulaman, Tuaran.
Pengoperasian PPV Dewan Seri Sulaman Tuaran merupakan salah satu dari 150 buah PPV seluruh negara yang telah mendapat persetujuan MOSTI untuk meneruskan operasi seperti biasa.
Terdahulu, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah melalui Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat telah meneruskan fungsi sebagai penyelaras sukarelawan bukan kesihatan bagi pengoperasian PPV DSS, Tuaran.
KOTA KINABALU, 8 Oktober 2021 – YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia Dan Sukan Sabah hadir ke raptai penuh Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021 yang akan diadakan sabtu ini.
Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Kebangsaan akan dilaksanakan serentak (Virtual & Cross Streaming) di seluruh negara pada 9 Oktober 2021 (Sabtu), yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia.
Majlis Perasmian HSN2021 Peringkat Negeri Sabah akan dilaksanakan secara hibrid yang akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Perasmian di Peringkat Bahagian juga dilaksanakan secara serentak di lokasi terpilih masing-masing.
KOTA KINABALU, 6 Oktober 2021 - Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah membuat kunjungan ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Dato' Dr.Zulkapli Bin Mohamed hari ini.
Selain membincangkan tentang isu-isu semasa belia dan sukan di negeri ini, beliau turut menyampaikan jemputan ke Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sabah Tahun 2021 yang akan diadakan pada 9 Oktober 2021, sabtu ini.
Turut hadir bersama Encik Fedrius Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
KOTA KINABALU, 7 Oktober 2021 - Sebanyak 84 pasukan seluruh Sabah mengesahkan penyertaan dalam Mobile Legend Challenge Hari Belia Negeri Sabah 2021 sempena Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Pantai Barat 2021.
Kejohanan yang membuka tirai perlawanan hari pertama hari ini berlangsung sehingga 10 Oktober 2021. Perlawanan akhir pertandingan ini boleh diikuti melalui live FB Majlis Belia Sabah pada 10 Oktober 2021.
Program tersebut dianjurkan secara bersama oleh Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Majlis Belia Sabah dan Pelajar-Pelajar Tahun Akhir, Sekolah Sains Sukan, Universiti Malaysia Sabah.
PUTATAN, 7 Oktober 2021 - Acara Fitness Aerobic Challenge yang dilaksanakan secara virtual menghangatkan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Pantai Barat.
Program yang diselaraskan oleh Kelab Fitness Pasir Putih tersebut dilaksanakan bermula 7 Oktober sehingga 9 Oktober 2021 yang merupakan kemuncak Sambutan Hari Sukan Negara 2021.
Program kecergasan tersebut dilaksanakan di Gelanggang Futsal, Kompleks Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Taman Pasir Putih Putatan yang boleh diikuti secara langsung melalui live FB Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dan live FB Azlinah Binti Abdul selaku ketua Instruktur kecergasan. Turut hadir semasa acara tersebut, Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
KOTA KINABALU, 7 Oktober 2021 - Kelab Rekreasi SULORA Tuaran komited membantu menjayakan penganjuran aktiviti Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Pantai Barat 2021.
Perkara tersebut dibincangkan semasa kunjungan Presiden Kelab Rekreasi SULORA Tuaran, Encik Kevin Lo bersama Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Syivero Patrick hari ini.
Bagi penganjuran aktiviti Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Pantai Barat pada tahun ini, SULORA akan melaksanakan aktiviti Fitness Challenge pada 10 Oktober 2021 secara virtual.
6 lagi pengisian aktiviti HSN Pantai Barat turut mendapat kolaborasi hebat dari Kelab Rekreasi Pro Aktif Penampang (PENORA), Genesis Cycling Club, Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pantai Barat Selatan, Majlis Belia Sabah dan Kelab Fitness Pasir Putih.
KOTA KINABALU, 6 Oktober 2021 - Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat hari ini menerima kunjungan Encik Muhammad Fauzi Acho bagi menyokong Pencalonan Anugerah Belia Negeri Sabah 2021.
Dalam perbincangan tersebut, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Syivero Patrick berkata golongan belia adalah golongan yang akan menentukan corak dan perkembangan sesebuah negara, bukan sahaja kerana jumlah para belia yang merupakan majoriti penduduk, tetapi lebih-lebih lagi kerana golongan inilah yang mempunyai kesanggupan dan daya usaha serta idealisme yang amat diperlukan terutamanya dalam pembentukan sesebuah negara yang sedang membangun.
Justeru itu, beliau sentiasa menyokong dan bertekad untuk memperkasakan lagi pergerakan belia khususnya di Bahagian Pantai Barat dan Sabah amnya.
KOTA KINABALU, 6 Oktober 2021 - Encik Syivero Patrick hari ini telah melapor diri bertugas sebagai Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat yang baharu bagi menggantikan Encik Stephen Andreas yang telah bersara pilihan.
Beliau yang berasal dari Kota Marudu sebelum ini merupakan Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau.
Dalam satu kenyataan ringkas, beliau menyeru kepada semua warga Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai untuk meningkatkan lagi prestasi kerja yang telah diamanahkan selain bekerja dengan ikhlas, mempunyai sifat integriti yang tinggi, berdisiplin dan bertanggungjawab bagi menjaga reputasi Jabatan ke arah lebih cemerlang.
RANAU, 6 Oktober 2021 - Satu acara ringkas penyerahan bantuan tunai secara 'one off' kepada pelajar-pelajar di Mukim Kaingaran yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS tahun 2021 telah diadakan baru-baru ini.
Program yang diselaraskan oleh Kelab Belia Kg. Meridi tersebut bertepatan dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Sabah untuk pelajar-pelajar di negeri Sabah.
Dalam satu kenyataan ringkas kepada Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Pengerusi Kelab Belia Kg. Meridi, Mohd. Fadzwan Bin Ali berkata, beliau percaya dengan cabaran yang dihadapi oleh para ibu bapa sejak pandemic Covid19, ia sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan ibubapa pelajar untuk membenarkan anak mereka melanjutkan pelajaran apatah lagi jika mendapat tawaran di luar negeri Sabah.
"Selepas berbincang dengan rakan-rakan belia Meridi, kelab kami telah menetapkan kriteria dan kelayakan yang diambil kira untuk pemberian bantuan ini antaranya hanya terbuka kepada pelajar IPTA/IPTS untuk kemasukan kali pertama, hanya pelajar di Mukim Kaingaran yang berumur tidak lebih 25 tahun, golongan B40 dan M40, pelajar tajaan kerajaan negeri tidak layak dipertimbangkan dan yang telah mendapat pengesahan kemasukan ke IPTA/IPTS". Jelas Fadzwan.
"Saya berharap dengan adanya inisiatif seperti ini, ia akan mampu meringankan beban ibubapa dan seterusnya pelajar-pelajar di Mukim Kaingaran lebih bersemangat untuk melanjutkan pelajaran. Terima kasih kepada YB Datuk Jonathan Yasin, Ahli Parlimen Ranau di atas keprihatinan kepada belia-belia di Mukim Kaingaran, Ranau atas tajaan utama bantuan ini". Kata Fadzwan.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262