- JBS Sabah
- Hits: 408
BICARA SANTAI HBN SABAH SIRI I

KOTA KINABALU, 11 September 2021 – Bersempena dengan sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah 2021, Majlis Belia Sabah dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah menganjurkan Program Bicara Santai Hari Belia Negeri Sabah secara lansung melalui Facebook Majlis Belia Sabah. Program ini juga akan bersiaran setiap minggu sehingga 16 Oktober 2021 iaitu pada acara kemuncak sambutan HBN Sabah 2021.
Bagi siri pertama, panel jemputan ialah En. Mohamad Mazlan Bin Hj. Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, En. Muadzad Shahrom Muhasip, Penolong Setiausaha Kanan (Belia), Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan En. Abqaree Fawwaz Abekan, Timbalan Presiden Majlis Belia Sabah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Belia Sabah 2021 dan Pn. Noorziean Mohd Tairudin selaku Moderator.
Pada sesi tersebut, ketiga-tiga panel jemputan telah menerangkan berkaitan konsep dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sambutan Hari Belia Negeri Sabah selain mempromosikan sambutan HBN ini agar sampai secara terus ke peringkat akar umbi.
Selain itu, para panel juga turut membincangkan mengenai cabaran-cabaran belia masa kini untuk meneruskan kehidupan dalam belenggu Pandemik Covid-19.
Oleh:
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 408








