
BEAUFORT, 5 Ogos 2021 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Encik Apui Jan telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin Dewan Pak Musa Beaufort hari ini.
Dalam lawatan dan pemantauan pada setiap pusat pemberian vaksin adalah memastikan sukarelawan MyVAC terus memberikan kerjasama yang baik dalam memudahkan pengoperasian vaksin. Di kesempatan itu, beliau turut memberikan amanat dan semangat kepada semua petugas sukarelawan MYVAC di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Pak Musa Beaufort.
Turut hadir, Puan Tseu Nyuk Yin, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort.
Oleh:
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 421












